28. ZIKIR YA ALLAH

Khasiatnya:

1. Zikir Ya Allah (ياَ اَللهُ) dengan bilangan 5000X insya’ Allah datang kepadanya rezeki dari setiap penjuru.

2. Zikir 66X selepas solat fardhu selama 66 hari insya’ Allah namanya akan jadi sebutan di langit dan di bumi. Terlebih baik diamalkan terus-menerus.

3. Zikir 500X setiap malam terutama di tengah malam selepas solat Tahajjud insya’ Allah segala hajatnya akan dikabulkan.

4. Zikir 1000X (يا الله يا هُوْ) Ya Allah Ya Hu (dengan baris wau di matikan) insya’ Allah diberi akan kesempurnaan yakin.

5. Zikir dengan lafaz yang sama seperti di atas pada hari Jumaat, sebelum solat Jumaat, berwuduk, wiridkan sebanyak 1000X Insya’ Allah dimudahkan baginya segala yang dituntutnya.

DOA SESUDAH ZIKIR YA ALLAH :

Ya Allah, aku bermohon kepada Mu dengan menyebut nama Mu yang Engkau namakan diri Mu dengannya, atau Engkau turunkan nama itu dalam kitab suci Mu, atau anugerahkan ia kepada salah seorang dari hamba Mu, atau Engkau rahsiakan ia dalam ghaib Mu. Ya Allah, aku bermohon kiranya Engkau jadikan al-Quran penyejuk hatiku, cahaya mataku, penyingkap keresahanku dan pengusir kesedihan serta kesusahanku. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW serta ke atas kaum keluarga dan para sahabatnya.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...

HOME