Ingatlah Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud : "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain, iaitu masa muda sebelum datangnya hari tua, masa sihat sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya sebelum engkau jatuh miskin, masa lapang sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup sebelum datang saat kematian". Sementara kita masih muda dan sihat ini, buatlah amal ibadat sebanyak-banyaknya sebelum kita tua, sakit atau tidak berdaya lagi.
Walaupun asas ibadat itu berbentuk fizikal atau zahir, masih ada ibadat lain yang berbentuk tersembunyi atau batin. Sebenarnya ibadat batin ini ada tersembunyi di dalam ibadat zahir itu. Kita hanya perlu meluangkan sedikit masa sahaja untuk mengetahui rahsia di sebalik ibadat zahir itu.
Amalan batin merupakan suatu amalan yang dapat dirasa dengan hati dan dapat difikir dengan akal fikiran. Amalan batin yang diperintahkan ataupun yang dilarang oleh Allah SWT kepada umat Islam digelar hakikat. Amalan yang diperintahkan, dikenal sebagai sifat mahmudah (sifat-sifat terpuji) dan yang dilarang ialah sifat mazmumah (sifat-sifat terkeji).
1. Mengucap Kalimah
Mengucapkan 2 kalimah syahadah adalah ibadat zahir. Ibadat batinnya selain kita meyakini apa yang kita ucapkan, kita hendaklah berusaha mengenali sifat-sifat Allah SWT dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Kita boleh mengenali sifat Allah SWT dengan membaca Al-Quran dan memahami maksudnya dan juga mempelajari dari orang yang lebih alim dari kita. Mengenali sifat-sifat Allah SWT tidak dilarang, yang dilarang dalam Islam ialah memikirkan zat Allah SWT kerana ianya tidak dapat dicapai oleh akal kita. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda: "berfikir sesaat itu lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat" Berfikir yang macam mana? Berfikir tentang kejadian alam ini: matahari, bulan, bintang, siang dan malam. Berfikir tentang hari kiamat: alam kubur, padang mahsyar, mizan, titian sirat, syurga dan neraka. Befikir tentang sifat-sifat Allah SWT: 99 nama Asma Ul Husna, 20 sifat wajib bagi Allah, sifat penyayang, sifat pengampun dsb.
2. Solat 5 Waktu
Solat 5 waktu adalah ibadat zahir. Ibadat batinnya hendaklah kita mengingati Allah sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Kita boleh tambah waktu kita mengingatiNya dengan solat sunat. Malah kita boleh tambah lagi dengan berzikir kepadaNya. Kita tambah lagi dengan sentiasa mengingatiNya diwaktu senang atau diwaktu susah.
3. Puasa di bulan Ramadhan
Puasa bulan Ramadhan ialah ibadat zahir dengan menahan diri dari lapar dan dahaga. Ibadat batinnya hendaklah kita menahan dari apa yang kita hendak semata-mata keranaNya. Bolehkah kita menahan marah kita apabila ada orang menyakitkan hati kita malah kita berdoa agar orang itu diampunkan olehNya? Bolehkah kita menahan diri kita dari mendengki orang lain yang mendapat nikmat dariNya? Bolehkah kita menahan diri kita dari perasaan sombong apabila ada orang memuji kita? Bolehkah seorang ayah itu bersabar dan bersusah payah untuk mencari rezeki yang halal untuk diberikan nafkah kepada keluarganya? Bolehkah seorang ayah itu bersabar dengan kerenah anak-anaknya yang bermacam ragam?
4. Bayar Zakat
Membayar zakat ialah ibadat zahir iaitu mengeluarkan lebihan harta kita apabila cukup syaratnya. Ibadat batinnya ialah meletakkan sesuatu pada haknya walaupun kita suka terhadap sesuatu itu. Bolehkah seorang suami berlaku adil terhadap 4 isterinya walaupun dia amat menyukai isteri bongsunya? Bolehkah seorang bos berlaku adil terhadap semua anak buahnya walaupun dia amat menyukai seorang anak buahnya? Bolehkah seorang ayah berlaku adil terhadap kesemua anak-anaknya walaupun dia paling menyukai anak no.3 nya? Dalam Islam adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kalau anak lelaki diberikan songkok, anak perempuan diberikan tudung.
5. Menunaikan Haji
Menunaikan Haji ialah ibadat zahir. Ibadat batinnya sanggupkah kita berkorban harta, masa dan tenaga kita semata-mata kerana Allah SWT? Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan nyawa anaknya Ismail sekalipun semata-mata kerana mengikut perintah Allah SWT. Saiyidina Abu Bakar As Siddiq sanggup mengorbankan keseluruhan hartanya untuk kepentingan Islam. Sedekahlah harta anda untuk anak-anak yatim atau untuk membina masjid. Luangkanlah masa anda untuk mencari ilmu dan untuk amar maaruf dan nahi mungkar. Sumbangkanlah sedikit tenaga anda untuk kepentingan Islam.
KETERANGAN :
Ada tiga jenis amal dalam Islam iaitu amal jariah, amal ibadah dan amal saleh. Amal yang kita akan lakukan adalah bergantung kepada niat , sekiranya baik niat tadi maka baiklah amal kita jika niat buruk maka buruklah amal kita. Jika amal baik kita lakukan ia akan mendapat pahala dan amal buruk (kejahatan) akan mendapat dosa, inilah dinamakan Hisab.
1. Amal Jariah
Amal jariah berarti 'perbuatan yang berkelanjutan.' Nama lainnya adalah wakaf. Kata itu berasal dari waqafa yang berarti 'menghentikan, mengekang, atau menahan.' Amal jariah disebut wakaf karena benda yang jadi objeknya ditujukan bagi kemaslahatan umum dan agama. Pahala amal jariah tidak akan terputus walaupun pemberinya sudah meninggal, selama benda yang diamalkan tersebut masih memberikan manfaat bagi kepentingan umum. Hal ini sesuai sabda Rasulullah SAW, “Bila anak Adam meninggal dunia, terputuslah amalnya, kecuali tiga (hal): sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaatnya, dan anak saleh yang mendoakan orang tuanya” (HR Muslim).
2. Amal Ibadah
Amal yang kedua, amal ibadah, berarti perbuatan pengabdian. Ibadah berasal dari kata abada yang berarti melayani, mengabdi, dan menyembah. Perintah untuk beribadah terdapat dalam Alquran surat Adz Dzaariyaat ayat 56 yang artinya, “Aku tidak jadikan jin dan manusia kecuali agar mereka mengabdi kepadaku."
Ibadah hanya ditujukan kepada Allah SWT sesuai firman Allah SWT dalam Alquran surat Az-Zumar ayat 11 yang artinya, “Katakanlah, bahwasanya aku diperintahkan menyembah Allah seraya mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya." Ibadah juga mesti didasarkan pada perintah dari Allah SWT melalui Rasul-Nya, Muhammad SAW.
3. Amal Saleh
Amal yang ketiga adalah amal saleh. Amal saleh meliputi semua perbuatan, lahir maupun batin, yang berakibat pada hal positif atau bermanfaat. Amal saleh bisa mencakup pengertian amal jariah dan amal ibadah. Amal bisa diterima dan bisa pula tidak diterima oleh Allah SWT. Syarat diterimanya amal ibadah ada dua. Pertama, amal dilakukan dengan ikhlas kerana Allah. Kedua, untuk amal ibadah dalam arti khusus seperti shalat, zakat, ibadah, haji, puasa, dan sebagainya harus dilakukan sesuai dengan tuntunan Alquran dan hadis.
Ada beberapa perbuatan yang bisa merusak amal :
Pertama: Riya, yaitu beramal bukan ditujukan kepada Allah SWT, melainkan agar dilihat orang lain.
Kedua: Tasmi, yaitu menceritakan amalnya kepada orang lain dengan tujuan yang sama dengan ria.
Ketiga : Beramal ibadah dalam arti khusus namun tidak sesuai dengan tuntutan Alquran dan hadis.
Keempat : Takde ilmu iaitu beramal dalam arti umum yang tidak didasarkan pada ilmu pengetahuan.
No comments:
Post a Comment