Dalam 11 ayat pertama dalam surah itu, terdapat enam ciri orang beriman yang dinyatakan, iaitu khusyuk dalam solat, menjauhkan diri dari perkara yang tiada berguna, menunaikan zakat, menjaga kehormatan diri, memelihara amanah dan janji serta memelihara solat.
Orang yang beriman apabila disebut nama Allah, hatinya akan gementar dan apabila dibaca ayat al-Quran akan bertambah keimanannya.
"Bagi seorang mukmin, hidup ialah perjalanan ibadat. Mereka akan menempuh kehidupan mengikut cara dan acuan yang ditetapkan oleh Islam. "Jadi orang mukmin akan sentiasa berusaha untuk memenuhi kehidupannya dengan melakukan ibadat dan kebaikan agar dapat memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat," Justeru, untuk mencapai puncak keimanan, seseorang itu mestilah mengambil pengajaran dan iktibar daripada ayat dalam surah al-Mukminun.
Penekanan solat
"Orang yang beriman wajib menunaikan solat lima waktunya tetapi solat tidak akan bererti sekiranya hanya melakukan gerak badan saja. Solat mestilah disertakan dengan khusyuk kerana solat dengan keadaan itu ibarat tubuh dengan nyawa.
"Allah mengkategorikan khusyuk dalam solat itu sebagai tingkat paling tinggi dalam kejayaan. Terdapat pelbagai cara untuk kita mendapat khusyuk dalam solat seperti memahami maksud ayat dan lafaz yang dibaca, melakukan solat dengan tidak tergesa-gesa dan yang paling utama adalah ikhlas melaksanakan solat.
Solat yang khusyuk dapat menghilangkan rasa takut, perasaan gelisah, jiwa menjadi berani dan bebas dengan kekusutan dunia. Zakat berada di kedudukan kedua selepas solat dan banyak ayat dari al-Quran menunjukkan dua perkara ini saling melengkapi dan tidak boleh dipisahkan. Solat adalah untuk menjaga hubungan manusia dengan Tuhan manakala zakat menjaga hubungan sesama manusia.
Mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia adalah orang yang hidupnya selalu dipenuhi dengan aktiviti bersifat ukhrawi dan rindu dengan akhirat. Mereka akan sentiasa melakukan perkara yang dapat memberikan manfaat bagi dirinya dan juga orang lain.
Pegang amanah dan janji
Islam menganjurkan umatnya untuk teguh memegang amanah dan juga janji malah menjadi perkara yang wajib untuk ditepati.
Daripada Anas ibnu Malik RA bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak memegang janji."
"Amanah dan janji wajib untuk dipegang kerana jika mengkhianati ibarat kita tidak mempunyai iman dan agama. Orang yang mengkhianati serta tidak memelihara amanah dan janjinya dengan baik disifatkan sebagai orang yang munafik. "Ia sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: "Tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia bercakap, dia berbohong; apabila dia berjanji, dia tidak tepati dan apabila dia diberi amanah, dia mengkhianati amanah yang diberikan kepadanya," katanya.
Memelihara kehormatan diri bukan sekadar menghindari perbuatan zina tapi juga tidak mendekati zina. Menjaga kehormatan diri turut dikaitkan dengan menjaga pandangan kerana perbuatan zina berlaku disebabkan tidak menjaga pandangan. Penyebab berlakunya perbuatan zina adalah bermula daripada pandangan mata. Jadi jagalah pandangan kita agar kemaluan kita juga turut terjaga.
Wallahu'lam
No comments:
Post a Comment