Barang siapa yang berzikir, maka dia hidup disisi Allah. (Allah akan sentiasa menjaga dia)
dan barang siapa yang tiada zikir dihatinya, maka ia seperti orang yang mati disisi Allah.
(maksudnya, Allah tak peduli lah, sebab dah mati kan? Nak buat apa lagi)

dan barang siapa yang selalu membasahi lidahnya dengan berzikir, maka ia akan masuk syurga dengan tersenyum-senyum.
Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka.

Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.
Cara untuk mendapat menerimaan Allah zikir yg dipelajari tadi ialah seperti berikut :
Hendaklah selalu ingat kepada Allah swt, baik semasa kita berbaring atau berjalan , atau baik semasa kita duduk ataupun berdiri .

Hendaklah kita berzikir sekurang – kurangnya 500 pagi dan 500 petang: Pagi setelah Solat Subuh dan petang pula setelah Solat Asar. Oleh itu zikir kita akan tetap 1000 kali setiap hari. kerana 1000 kali berzikir setiap hari akan menjadi kita orang yang sentiasa mengingati Allah setiap masa dan keadaan.
a) 100 - Tasbiat, (Subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahhu akhbar) Tanda cinta kita kepada Allah SWT.
b) 100 – Shalawat, (Allahumma saliala muhammad wa ala ali muhammad) Tanda cinta kita kepada Rasulullah SAW.
c) 100 – Istigfar (Astaqfirullah hal ‘aziim) Tanda cinta kita pada diri
d) 100 – Laaillahailla anta subhanaka inni kuntu minazholimin (zikir Nabi Allah Nuh Alaihissalam atau Nabi Yunus) sebagai tambahan, tanda kita benar-benar bertaubat, memohon bantuan Allah dalam setiap apa bentuk usaha kita dan minta Allah mudahkan kerja Dakwah yang kita lakukan serta dapat menyatukan ummat.
e) 100 - Lailahaillallah, almalikul haqqul mubin - zikir selepas Zuhur (atau bila-bila) "Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur."

Hendaklah kita da’wahkan zikir ini kepada saudara kita diseluruh alam. Hendaklah kita berdo’a agar Allah SWT tanamkan hakikat zikir ini di dalam diri kita dan diri Ummat Rasulullah diseluruh alam.
Wallahualam...
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment