4. KALIMAH TOYYIBAH

Amalan bertahlil dengan ucapan Laillahaillah sebanyak 70,000 kali telah lama jadi amalan sebahagian ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Bahkan masyhur di kalangan kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang 70,000 kali tahlil ini disebut sebagai "Tahlil Sekhatam" atau "Tahlil Sejuzuk", yakni satu khatam bagi nisab tahlil.

Para ulama kita menganjurkan amalan ini sebagai satu ikhtiar memohon kelepasan dari azab neraka yang sangat pedih itu. Sebahagian ulama menggelar amalan tahlil sekhatam ini sebagai "al-`ataqah" yakni pembebasan atau permerdekaan, dengan harapan agar sesiapa yang melaksanakannya dibebaskan atau diberi kemerdekaan daripada api neraka. Ada juga yang menamakannya sebagai "Tahlil Fida`", yakni berzikir dengan lafaz tahlil dengan harapan untuk menebuskan diri dari api neraka.
Imam Habib Ahmad bin Hasan al-Aththas rahimahullah, antara lainnya, berpesan:- " ... Dan sesiapa yang luput baginya menuntut ilmu (yakni kerana tiada peluang atau kerana ketidakmampuannya untuk berbuat sedemikian), maka janganlah luput baginya segala mihrab (yakni jangan pula dia menjadi lalai untuk memperbanyakkan amal - ibadah dengan melazimi segala masjid). Bahkan dia hendaklah menyibukkan dirinya dengan shalat dan dzikrullah dengan dia melakukan "al-`ataqah" iaitu bertahlil 70,000 kali dengan niat memohon pembebasan bagi dirinya daripada api neraka. Dan dilakukannya juga dengan yang seumpamanya (yakni tahlil 70,000 kali tadi) dan dihadiahkannya kepada seseorang kaum kerabatnya."
Juga telah masyhur dalam kitab - kitab karangan para ulama yang muktabar tentang kisah keberkatan amalan ini. Syaikhul Hadits, Rai-sul Muhadditsin, Hadrat Maulana Muhammad Zakaria al-Kandhalawi rahimahullah dalam karya beliau "Fadilat Zikir" menukilkan kisah berikut:

Syaikh Abu Yazid al-Qurtubi rahimahullahu ta`ala berkata," Saya dengar bahawa sesiapa yang membaca Laillahaillah tujuh puluh ribu (70 000) kali maka dia akan terselamat daripada api neraka. Setelah mendengar perkara tersebut maka saya telah membaca satu himpunan bacaan yakni tujuh puluh ribu kali untuk isteri saya dan beberapa himpunan bacaan untuk simpanan akhirat saya sendiri.

Seorang anak muda tinggal berhampiran dengan kami. Dia masyhur sebagai seorang yang mempunyai kasyaf. Dikatakan syurga dan neraka juga dapat dilihatnya melalui kasyaf. Saya ragu-ragu mengenai kebenaran berita tersebut. Satu ketika pemuda itu bersama kami dalam (majlis) makan. Dengan tidak semena-mena pemuda itu menjerit dan nafasnya mulai tersekat-sekat serta berkata, "Ibuku sedang dibakar di dalam neraka, aku dapat melihat keadaannya."
Kata Hadrat Qurtubi rahimahullahu ta`ala, "Aku melihat keadaannya yang sangat gelisah. Saya terfikir bahawa satu himpunan bacaan Laillahaillah perlu dihadiahkan kepada ibunya. Dengan ini saya dapat mengetahui kebenaran perkara di atas. Maka saya telah menghadiahkan untuk ibunya satu himpunan iaitu tujuh puluh ribu zikir Laillahaillah daripada simpananku secara diam-diam. Zikir yang saya baca itu sebenarnya tidak diketahui oleh sesiapa pun selain Allah subhanahu wa ta`ala.

Lalu pemuda itu berkata, "Pak Cik, ibuku telah dihindarkan daripada azab neraka." Kata Hadrat Qurtubi rahimahullah, "Aku telah memperoleh dua faedah daripada peristiwa ini. Pertama, terbukti bagiku keberkatan daripada bacaan tujuh puluh ribu kali Laillahaillah sebagaimana yang aku dengar (mengenai kelebihan kalimah tersebut). Kedua, aku meyakini kebenaran kata-kata pemuda itu."

Peristiwa ini hanya satu daripada kisah - kisah yang kita tidak tahu berapa banyak lagi kisah seumpama itu berlaku dalam kalangan individu umat ini. Oleh itu, tinggalkanlah perbalahan mengenai isu - isu yang diikhtilafkan oleh para ulama. Banyakkan beramal daripada berjidal. Ingat tidak ada seorang pun daripada kita ini melainkan sedang berjalan menuju kematian. Allahu ... Allah.
KISAH ABU YAZID AL QURTUBI RODIYALLAHU ANHU DAN AMALAN ZIKIRNYA 70,000 KALI LAILAHA ILLALLAH
Ini adalah kisah pengalaman Abu Yazid Al-Qurtubi dalam buku untaian kisah para wali Allah. Ada hadis yang menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca Lailahaillallah sebanyak 70,000 kali, akan menjadi tebusan baginya dari api neraka. Abu Yazid Al-Qurtubi telah mendengar akan hadis itu, maka beliaupun menyakini dan dan beramal dengannya.
Beliau telah membaca Lailahaillallah 70,000 kali untuk dirinya, 70,000 kali untuk ibunya, 70,000 kali untuk ayahnya dan lain-lain keluarganya juga dibacakannya masing-masing 70,000 kali. Disamping itu beliau juga telah mengerjakan amal-amal soleh yang lain sama ada yang sunat apalagi yang wajib sebagai pelaburan untuk akhirat.

Dikampung Abu Yazid ada seorang pemuda soleh yang kata orang dia ahli kasyaf dapat mengetahui perkara-perkara batin dalam waktu-waktu tertentu. Bahkan adakalanya dia menerangkan perkara-perkara batin dalam waktu-waktu tertentu. Bahkan adakalanya dia menerangkan perkara-perkara yang berkenaan dengan syurga dan neraka. Orang ramai mengakui kekeramatan dan kelebihan pemuda itu walaupun dia masih muda kerana sudah banyak terbukti kebenarannya. Abu Yazid juga mengakui akan keistemewaannya.

Pada suatu hari dikampung itu ada seorang yang mempunyai hajat. Dia telah menjemput orang ramai agar datang kerumahnya untuk membaca doa selamat dan jamuan makan minum bersama. Maka ramailah yang datang termasuk Abu Yazid Al-Qurtubi dan pemuda kasy-syaf itu juga hadir sama. Apabila bacaan doa telah selesai, jemaah dijemput makan, maka mulailah mereka makan sambil berbual perkara-perkara agama.
Tiba-tiba pemuda kasyaf itu berteriak kuat, sehingga menyebabkan semua orang yang hadir berhenti makan dan melihat kepadanya. 'Wahai Pakcik! Wahai Pakcik......' kata pemuda itu. 'Ada apa, ada apa?' kata orang ramai. 'Ini dia ibuku.' katanya sambil menunjuk dengan tangannya dan menangis. 'Mana..mana?' 'Didalam neraka.' katanya lagi, lalu menangis kuat-kuat. Orang yang hadir kasihan mendengar tangisnya, namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana dia adalah perkara ghaib. Abu Yazid Al-Qurtubi sangat kasihan melihat pemuda itu. Dia teringat akan bunyi hadis tentang lailahailallah 70,000 kali. Sekarang dia ingin membuktikan kebenaran hadis itu. Allah mengilhamkan kepadanya agar dia membaca kalimah Tauhid itu sebanyak 70,000 kali dan menghadiahkannya kepada si ibu pemuda yang katanya ada didalam neraka. Maka dengan senyap-senyap dia mengerakkan bibirnya membaca la-ilahaillallah sehingga tujuh puluh ribu kali. Tak ada seorang pun yang menyedari apa yang dilakukan oleh beliau, kecuali Allah saja yang tahu.
Setelah selesai dia berkata dalam hatinya : 'Hadis adalah benar dan orang-orang yang meriwayatkannya adalah benar belaka' Kemudian dia berdoa :'Ya Allah sesungguhnya bacaanku tujuh puluh ribu la-ilaha illallah ini aku hadiahkan kepada ibu pemuda ini sebagai penebusnya dari neraka.' Belum habis dia membaca doa , tiba-tiba sipemuda telah tersenyum gembira sambil berkata : 'Wahai Pakcik, ibu ku telah keluar dari neraka. Alhamdulilahi rabbilalamin'. Abu Yazid sangat kagum akan kemujaraban kalimah tauhid itu. Sekarang dia bertambah yakin akan kebenaran hadis yang diamalkannya, dan beliau tidak bosan-bosan membaca la-ilaha illallah sebanyak-banyaknya kerana telah menyaksikan sendiri akan hasilnya. Dia juga menyuruh orang lain agar mengamalkan apa yang beliau amalkan. Dia bersyukur kepada Allah kerana telah mengilhamkannya agar membaca lailahaillallah ketika si pemuda kasyaf menjerit itu. 

Wallahua’lam bisawab

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...

HOME