A. Pengenalan Dan Ringkasan Pada Surah Al-Ikhlas
SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT.
Surah Al-Ikhlaṣ terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan. Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri.
Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).
B. Sebab Diturunkan
Terdapat di dalam beberapa riwayat yang dibawakan oleh ahli tafsir bahawa asal mula surah ini diturunkan adalah kerana pernah orang musyrikin meminta kepada Rasulullah SAW: صف لنا ربك – ‘Shif lanaa rabbaka’ (Cuba jelaskan kepada kami apa macamnya Tuhanmu itu, emaskah dia atau tembaga atau loyangkah?).
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Termidzi daripada Ubay bin Ka’ab, memang ada orang musyrikin meminta kepada Nabi SAW supaya dihuraikannya nasab (keturunan atau sejarah) Tuhannya itu. Maka datanglah surah yang tegas ini tentang Tuhan.
Abu Su’ud berkata dalam tafsirnya: “Diulangi nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan ayat 2) dengan kejelasan bahawa Dia adalah Esa, Tunggal, Dia adalah pergantungan segala makhluk, supaya jelaslah bahawa yang tidak mempunyai kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan.
Di ayat pertama ditegaskan KeesaanNya, untuk menjelaskan bersihNya Allah daripada berbilang dan bersusun, dan dengan menjelaskan bahawa Dialah pergantungan segala makhluk, jelaslah bahawa padaNya terkumpul segala sifat Kesempurnaan Dia tempat bergantung, tempat berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan kepada yang lain, Dia tetap ada dan kekal dalam kesempurnaanNya, tidak pernah berkurang.
Dengan penegasan ‘Tidak beranak’, ditolaklah kepercayaan setengah manusia bahawa malaikat itu adalah anak Allah atau Isa Al-Masih adalah anak Allah. Tegasnya daripada Allah itu tidak ada timbul apa yang dinamai anak, kerana tidak ada sesuatu pun yang mendekati jenis Allah itu, untuk jadi jodoh dan ‘teman hidupnya’, yang daripada pergaulan berdua timbullah anak.”
C. Ayat dan Terjemahannya:
Bis-mil-lah hir-rah-maa nir-ra-him
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
Qul hu-wal-la-hu a-had
1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
Al-lah hus-sho-mad
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
Lam ya-lid wa-lam yuu-lad
3. Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.
Wa-lam ya-kul la-hu ku-fu-wan a-had
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
D. Fadhilat Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Ikhlas adalah di antara surah yang banyak fadhilatnya. Beberapa keutamaan dan khasiat surah al-Ikhlas antara lain :
1. Mengusir Iblis Dan Syaitan
Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
2. Sebahagian Al-Quran
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
3. Khatam Al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
4. Pahala membacanya
Rasulullah SAW berkata : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”
5. Penebus Diri
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”
6. Selamat Di Alam Barzakh
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
7. Balasan Syurga
Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “Saya sedang berjalan dengan Rasulullah SAW lalu Baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda SAW berkata,“Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).”
Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam ke2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?”
Jawab si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang.”
Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kita telah lihat betapa banyak serta besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas ini. Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan hidup, baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal afiat dan terhindar dari sebarang gangguan. Hadiah yang begitu banyak dan pahala yang besar diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan membaca surah Al-Ikhlas secara istiqamah.
Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara konsisten.
Wallahu’alam …
Surah yassin Ayat 43 : dan jika Kami kehendaki, Kami boleh menenggelamkan mereka (kira kami lakukan demikian) maka tidak ada Yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan. Surah Yassin Ayat 58 : (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan yang Maha Mengasihani Surah Yassin Ayat 63 : Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
Subscribe to:
Posts (Atom)
Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...
HOME
-
Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...
No comments:
Post a Comment