Dari segi bahasa, perkataan Iman diambil daripada kata kerja 'Āamana' yang bermaksud "percaya" atau ‘Yukminu’ yang bererti "percaya" atau "membenarkan". Ia juga membawa pengertian yang sama seperti I'tiqad tapi pada pengertian berbeza.
Manakala dari segi pengertian secara harafiah dalam Islam, Iman bererti "percaya kepada Allah". Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Perkataan Iman yang bererti "membenarkan" itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 61 yang bermaksud:
“Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Dalam Islam, hanya sekadar mempercayai adalah masih belum memadai sebagai beriman jika masih tidak beramal dan berpegang dengan I'tiqad. Seperti yang tertulis dalam Surah Al-Hujurat ayat 14 yang bermaksud:
“Orang-orang " A'rab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: 'kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."
Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."
Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."
Iman pada maknawi sebenar ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.
Keterangan :
Untuk dapat Iman sebenar hendaklah seperti mana dakwah Rasullulah setelah mendapat wahyu dari Allah swt melalui Malaikat Jibril as. Kita telah sedia maklum tentang semua kisah ini tetapi sejauh mana seseorang ingin percaya atau tidak bahawa untuk mendapatkan Iman perlu mengikut tertib dan belajar dakwah dari cara jemaah Tabligh.
Melalui usaha itu, kita akan tersedar untuk beramal setiap hari iaitu dapat menjaga solat berjemaah, membaca al-quran, berzikir dan bertaubat. Kita kena yakin dalam hati kita, bahawa Tabligh ialah cara untuk mendapat hidayat daripada Allah swt. Tabligh ialah belajar berdakwah iaitu dengan berdakwah bukannya dapat memasuki syurga tetapi mendapat Iman.
Usaha dakwah hendaklah dijalankan dengan cara yang telah dibuat oleh Nabi s.a.w. Kita kena buat usaha dengan cara yang dikehendaki oleh Allah s.w.t yang telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Kita kena pasak dalam hati kita bahawa hanya dengan usaha yang dibuat oleh Nabi s.a.w dan sahabat-sahabat sahaja agama akan datang dalam kehidupan kita dan seluruh umat.
Usaha yang dibuat bukan dengan cara Nabi s.a.w dan para sahabat, maka bukan agama yang akan datang tetapi di khuatiri kesesatan/fitnah yang akan datang. Dengan cara lain hidayat tidak akan datang. Kalau dimana-mana disudut dalam hati kita ada sedikit keraguan, kita fikir dalam banyak-banyak usaha ini adalah salah satu usaha, dengan cara lain pun boleh dapat hidayat, kalau ada perasaan macam ini, tidak ada yakin dalam hati, maka dia tidak akan dapat hidayat. Allah s.w.t telah beritahu dengan sungguh-sungguh, mereka yang bermujahadah/bersusah payah dengan cara yang Kami kehendaki, pasti dan pasti Kami akan bagi hidayah padanya.
Hari ini bila kita dengar hadith fadilat keluar di jalan Allah, kita anggap untuk berperang padahal perang bukan maksud karena tidak ada nabi diutus oleh Allah s.w.t untuk binasakan manusia dalam dakwah. Setiap manusia di atas muka bumi ini berusaha. Setiap orang yang berusaha akan mendapat keyakinan atas apa yang diusahakan.
No comments:
Post a Comment