FAQIH

Faqih ialah orang yang mempunyai kefahaman yang sempurna tentang agama. Nabi s.a.w telah iktiraf mereka sebagai fuqaha, udabaq. Maulana kata, kalau kamu mahir macam mana pun dalam bahasa Arab, kamu tidak boleh sampai ke tahap kemahiran Abu Jahal. Nabi s.a.w kata mereka ini faqih, fuqaha, udabaq. Kalau pintu kenabian masih terbuka, mereka ini layak untuk jadi nabi kerana ketinggian sifat yang mereka miliki. Ini sifat-sifat yang patut ada pada setiap orang beriman. Sifat orang beriman, sabar dan syukur. Keseluruhan sifat iman terkumpul dalam dua perkara ini.

Sifat Orang yang Beriman

Satu orang yang mempunyai sifat sabar dan syukur yang sempurna pada Allah s.w.t maka dia ialah seorang yang mempunyai iman yang sempurna pada Allah s.w.t. Ini tanda iman. Hari ini kita faham sabar itu ialah bila satu orang dipukul, dia tahan atas pukulan tersebut, maka dia orang yang sabar. Satu orang yang dapat nikmat, dapat kesenangan maka dia kata dia bersyukur pada Allah s.w.t. Kedua-dua ini bukan syukur dan bukan sabar.

Sifat Sabar

Sabar adalah kita menahan diri kita daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.
 Syukur adalah kita menggunakan diri kita menurut perintah/kehendak Allah s.w.t. Walaupun tiada makanan untuk dimakan, tiada pakaian untuk dipakai, tiada duit untuk dibelanja, dia boleh jadi satu orang yang bersyukur pada Allah s.w.t apabila dia guna apa yang dia ada ikut kehendak dan perintah Allah s.w.t. Ibadat bukan balasan bagi nikmat. Satu orang yang dapat nikmat, sebagai balasan, dia beribadat pada Allah s.w.t. Ibadat adalah hak Allah s.w.t. Iman adalah taat.

Sifat Taat
Tanda iman dalam diri seseorang ialah dia ada sifat taat pada perintah-perintah Allah s.w.t. Ibadat adalah hak Allah s.w.t. Kalau seseorang itu, seumur hidup dia Allah s.w.t tidak bagi dia sesuap makanan, tidak bagi seteguk air pun, Allah tidak bagi apa-apa nikmat pun pada dia, pun dia tetap kena beribadat pada Allah s.w.t. Nikmat-nikmat dunia bukanlah balasan bagi ibadat kerana dunia ini begitu hina disisi Allah s.w.t. Dunia tidak layak jadi balasan untuk ibadat.

Satu orang yang telah mati, minta izin dengan Allah s.w.t untuk kembali ke dunia untuk ucap satu subhanallah. Dia sanggup korbankan harta seluruh dunia untuk kembali dan buat satu amal, pun Allah s.w.t tidak terima. Ini menunjukkan seluruh dunia ini tidak ada nilai dibandingkan dengan satu Subhanallah. Kalau seluruh manusia, semua taat perintah Allah s.w.t, beriman pada Allah s.w.t, beribadat pada Allah s.w.t dan Allah s.w.t tidak bagi apa-apa balasan di dunia, itu pun hak Allah s.w.t. Kalau seluruh manusia beribadat dan Allah s.w.t masukkan semua ke dalam neraka, itu pun hak Allah s.w.t. Tiada siapa pun ada hak untuk tanya Allah s.w.t, ‘kenapa?’ Ibadat adalah semata-mata hak mutlak Allah s.w.t dan setiap hamba Allah kena beribadat pada Allah s.w.t.

Sifat Taqwa

Apa yang kita faham ialah bila kita ditimpa musibah kita hendaklah bersabar, nanti bantuan Allah s.w.t akan datang. Bantuan Allah s.w.t tidak akan datang, keadaan tidak akan berubah melainkan dalam diri kita ada sabar dan taqwa. Kedua-dua sifat kena ada serentak. Kalau cuma hanya ada sabar, taqwa tidak ada, maka musibah yang datang disebabkan dosa-dosa yang kita telah lakukan, kesusahan tersebut tidak akan terangkat semata-mata hanya dengan bersabar. Sabar kena datang dengan taqwa.

Dalam Quran, Allah sebut sabar dan taqwa sekali. Kedua-dua sifat kena ada dalam diri, barulah bantuan Allah s.w.t akan datang dan Allah s.w.t akan ubah keadaan. Maulana Yusuf rah. bagi misal, satu orang sabar tanpa taqwa, seperti seorang pencuri kena tangkap. Polis pukul dia. Dia doa azab untuk polis. Azab Allah s.w.t tidak akan turun pada polis itu. Kenapa? Kerana pencuri tidak ada taqwa. Dia cuma sabar sahaja. Allah s.w.t tidak terima doa buruk dia pada polis.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...

HOME