Fadhilat Membaca Surah Yaasin Malam Jumaat
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Kelebihan Fadhilat Surah Yaasin
Antara kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak hadis. Antaranya:
Rasulullah SAW bersabda;
1. “Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.
2. “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”
3. “ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
4. “Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”
5. “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”
6. Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”
7. “Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.”
8. “Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
Rahsia dan Khasiat Surat Yasin
Surat Yasin merupakan jantung Al Qur’an sehingga mempunyai rahsia dan khasiat yang banyak sekali bagi pembacanya, antara lain :
1. Jika dibacakan pada orang yang sedang sekarat akan mati, dapat mempermudah dan mempercepat keluarnya ruh. Dengan membaca surat Yasin Allah menetapkan pahala seperti membaca Al Qur’an 10 kali. Dapat memberi syafaat bagi pembacanya , memberi ampunan pendengarnya, mendapatkan kebaikan di dunia, hilang ketakutan di hari kiamat, menolak kejahatan dan didatangkan segala hajatnya.
2. Jika di baca pada malam Jumaat juga maka mendapatkan ampunan dan dapat memperoleh kemudahan.
Aurad surat Yasin (Senilai membaca Yasin 41 kali) untuk mendatangkan berbagai hajat. Dalam kitab Sa’adatud Darain yang dikutip dari Minhajul hanif disebutkan, ada faedah yang besar untuk mendatangkan berbagai hajat dengan Aurad surat Yasin. Cara membacanya seperti berikut :
Aturannya :
Dengan membaca lafadh يس
7 kali
Jika sampai ayat ذالك تقدير العزيز العليم
14 kali
Kalau sampai سلم قولا من رب رحيم
7 kali
Dan ayat أوليس الذي خلق السموت واﻷرض بقدر على أن يخلق مثلهم قلى بلى وهو الخلق العليم
12 kali
Setelah selesai lalu membaca surat Al Fatihah satu kali dan Basmalah satu kali. Kemudian memohon kepada Allah Ta’ala apa yang diinginkan. Insya Allah hajatnya cepat dikabulkan asal bukan untuk membahayakan orang lain.
3. Diriwayatkan dari Anas R.A. ”Sesungguhnya setiap sesuatu memiliki hati.“ Dan hati Al-qur’an di surat yasin. Barang siapa yang membacanya, Allah akan menulis baginya pahala seperti membaca al-qur’an 10 (sepuluh) kali.
4. Jika dibaca pada waktu pagi, maka memperoleh kegembiraan sampai sore, dan jika dibaca disore hari maka dapat gembira sampai pagi.
5. Jika anda ada maksud kepada pembesar supaya berhasil, maka bacalah surat yaasiin dari rumah sebanyak 25 kali, maka insya Allah berhasil.
6. Khasiatnya lagi adalah dapat dipergunakan sebagai obat sakit panas, caranya dibaca sekali, setiap sampai pada lafadz “MUBIIN” dengan mengikat benang sekali sampai tujuh, kemudian diikatkan pada bahu kanannya orang yang sakit panas, maka Insya Allah akan sehat kembali.
7. Jika dibacakan untuk orang yang akan meninggal dunia, maka tidak akan dicabut nyawanya selagi ia belum didatangi malaikat Ridwan dengan maksud memberi kegembiraan kepada orang yang akan meninggal tersebut.
Menurut sabda Nabi Muhammad saw, siapa membaca surah Yaasiin satu kali, sama dengan membaca Alqur’an sampai khatam (selesai) sepuluh (10) kali, siapa membiasakan membaca surah Yaasiin setiap malam sampai mati, maka termasuk mati syahid.
8. Jika dibacakan pada mayat di dalam kubur maka diringankan siksa maka tidak akan dicabut nyawanya selagi ia belum didatangi malaikat Ridwan dengan maksud memberi kegembiraan kepada orang yang akan meninggal tersebut.
9. Jika dibacakan pada mayat di dalam kubur maka diringankan siksanya, jika ditulis dan dilebur air, lalu diminum, sama dengan meminum seribu obat.
Dalam satu hadist yang lain Nabi SAW bersabda:
“Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin kepada orang sakit parah yang sedang menghadapi sakaratul maut, niscaya Allah SWT akan meringankan sakitnya sakaratul-maut itu.”
10. Dalam satu hadist yang lain pula Nabi SAW bersabda: “Aku ingin benar, agar surah Yasiin ini dibaca (hafal) oleh semua umatku.”
11. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat (bila-bila sahaja), lalu berdoa istighfar untuk kedua ibu bapanya, niscaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Allah SWT.
12. Barang siapa membaca sekali ketika membuka warung atau Toko, niscaya akan maju Tokonya itu atas izin Allah.
13. Barang siapa membacanya (Yasin sekali , Surah Sejadah sekali dan Al-Mulk sekali) pada awal malam (antara maghrib hingga Isyak – juga baca Al Fatihah 41 kali), andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia akan mati syahid , jika mati pada siang hari, mesti ia akan mati syahid juga. (Sekiranya tiada program).
14. Jika dibacanya oleh seorang Laskar Jihad (pejuang), ketika ia hendak turun ke medan peperangan, Allah akan mengkaruniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta membuat ketakutan pada musuh-musuhnya.
• Fadilah dan khasiat surah Yasiin ini banyak sekali didalam hadist tetapi mungkin sedikit sahaja untuk beramal dengannya. Kerana terlalu banyak kelebihan surah Yasin mustahil bagi kita untuk kita mengingatinya, namun bermanfaat untuk bisa diamalkan oleh kita semua.
Surah yassin Ayat 43 : dan jika Kami kehendaki, Kami boleh menenggelamkan mereka (kira kami lakukan demikian) maka tidak ada Yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan. Surah Yassin Ayat 58 : (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan yang Maha Mengasihani Surah Yassin Ayat 63 : Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
Subscribe to:
Posts (Atom)
Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...
HOME
-
Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...
No comments:
Post a Comment