5 Kehebatan Amalan Berselawat
Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi S.A.W. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi S.A.W dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”Surah Al-Ahzab : 56
Selawat menurut dari segi bahasa bermakna, doa, rahmat daripada Allah S.W.T dan memberi keberkatan. Dari segi syarak pula adalah mengakui kerasulan Nabi, memohon kepada Allah memberi keutamaan, kemuliaan, dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran baginda S.A.W. Amalan berselawat ini amat dituntut dalam kehidupan kita seharian. Allah S.W.T dan para malaikat turut berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Di mana pula kita sebagai umat baginda? Lebih-lebih lagi sewajarnya patut berselawat kepada baginda. Sesungguhnya berselawat bukan satu amalan yang merugikan. Malah, ia membawa seribu kebaikan dan kelebihan kepada yang sering mengungkapkan selawat. Apakah kelebihan dan kehebatan selawat itu :
1- Sekali Berselawat 10 Kali Pahala
Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda:
“Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.”Riwayat Imam Muslim
Hanya sekali kita berselawat, Allah akan berselawat kepada kita sebanyak sepuluh kali. Dahsyat bukan? Maknanya Allah S.W.T berselawat kepada kita adalah Allah S.W.T memberi rahmat kepada kita yang berselawat kepada Nabi S.A.W. Sesungguhnya rahmat Allah yang amat diharapkan dalam kehidupan ini. Tidak dapat melawan nilai dunia dan isinya.
2- Diampunkan Dosa Dan Diangkat Darjat
Daripada Sayyidina Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi S.A.W bersabda, “Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali selawat, Allah akan berselawat(memberi rahmat) atasnya 10 selawat(rahmat), dihapuskan 10 kesalahan(dosa) daripadanya dan diangkatkan 10 darjat untuknya.”Riwayat an-Nasa’i
Kita hamba yang tidak terlepas dari melakukan dosa. Allah memberi peluang kepada kita dengan menghapuskan dosa kecil melalui amalan berselawat kepada Nabi S.A.W. Sekali disebut, 10 dosa Allah ampunkan. Bukan itu sahaja, Allah mengangkat darjat hambaNya yang sering berselawat kepada Nabi S.A.W. Sungguh, terbuktilah amalan berselawat banyak kebaikannya.
3- Mendapat Syafaat Di Hari Kiamat
Daripada Sayyidina Abu ad-Darda’ r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud;
“Sesiapa yang berselawat ke atasku pada waktu pagi sebanyak 10 kali dan pada waktu petang sebanyak 10 kali, dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat.”Riwayat ath-Thabrani
Syafaat Nabi S.A.W antara pertolongan paling besar ketika manusia sedang terkapai-kapai inginkan bantuan di padang mahsyar nanti. Ketika insan lain tidak mampu membantu kita. Tidak kira, ibu, ayah, kakak, abang, sebaik dan serapat mana orang lain dengan kita di atas muka bumi, belum pasti dapat menolong kita di hari akhirat nanti.
4. Dimakbulkan Segala Hajat
Ali bin Abu Talib R.A berkata;
“Doa seseorang itu terdinding(terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.”
Dengan berselawat, doa kita menjadi lebih lengkap dan sempurna. Antara syarat doa dimakbulkan Allah seperti yang digariskan oleh para ulama adalah dengan disertakan bacaan selawat.
5- Berselawat Membawa Jalan Ke Syurga
Kita sebagai umat akhir zaman dan umat Nabi Muhammad S.A.W tersangatlah beruntung kerana dikurniakan dengan amalan selawat. Amalannya mudah dan tidak sampai beberapa saat sahaja. Dalam seminit, dapat berselawat berpuluh kali. Ganjarannya pula berganda. Subhanaallah, kasih Allah kepada hambaNya. Janganlah disiakan sahaja waktu tanpa berselawat. Jangan rugikan saat keseorangan tanpa ada alunan selawat.
Antara jalan ke syurga adalah dengan memperbanyakkan berselawat kepada Nabi S.A.W. Jangan jadi bakhil seperti yang disebut di dalam hadis. Daripada Ali bin Abu Talib r.a. Nabi S.A.W bersabda;
“Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku.”(Riwayat al-Tirmizi dan Nasai)
Selawat 100,000
Di riwayatkan bahawa Sulthon Mahmud AI Gornawiy, Beliau di awal pemerintahannya duduk setelah Solat Subuh sibuk membaca Selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 300 ribu (300,000) kali sampai siang hari dan orang-orang (Rakyatnya) duduk di pintu, menunggu keluarnya (Shulton Mahmud) untuk menyelesaikan hajat masing-masing.
Setelah keadaan ini berlangsung lama, maka Beliau melihat Nabi SAW di dalam tidurnya. Nabi mengatakan kepadanya “Apa ini pemanjangan waktu sehingga rakyat mu telah menunggu keluarnya kamu”. Maka Sulthon Mahmud menjawab, saya duduk menghabiskan waktu lama kerana saya berselawat kepada mu dalam jumlah tertentu (300 ribu kali) dan saya tidak berdiri melainkan ianya selesai.
Maka Nabi Muhammad SAW mengatakan kepadanya “Ini menyusahkan orang lemah (rakyat) mu, dan yang punya hajat”. Akan tetapi saya (Nabi) akan mengajarkan kepadamu Selawat yang ringkas, yang mana apabila kamu membacanya satu kali sebanding 100 ribu kali, jadi kamu tinggal membaca 3 kali saja bersamaan dengan 300 ribu kali. Setelah itu kamu keluar menemui rakyat mu untuk menyelesaikan urusan-urusan mereka, sehinggga kamu mendapat pahala Selawat 300 ribu kali dan mendapat pahala memberi manfaat kepada orang Muslimin.
Maka (Sulthon Mahmud) dia pun mempelajari Selawat itu dari Nabi Muhammad SAW lalu dia mengamalkannya secara rutin. Setelah itu, Beliau melihat Nabi Muhammad SAW sekali lagi, dan Nabi SAW mengatakan kepadanya “Amalan apa yang kamu amalkan sehingga kamu melelahkan Malaikat di dalam mencatat pahala amalanmu”. Maka beliau menjawab, Saya tidak mengamalkan sesuatu kecuali Selawat yang Kau ajarkan kepadaku.
Sumber : Kitab Al-Qirtos Fi Manaqib Al Attas
Surah yassin Ayat 43 : dan jika Kami kehendaki, Kami boleh menenggelamkan mereka (kira kami lakukan demikian) maka tidak ada Yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan. Surah Yassin Ayat 58 : (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan yang Maha Mengasihani Surah Yassin Ayat 63 : Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
Subscribe to:
Posts (Atom)
Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...
HOME
-
Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...
No comments:
Post a Comment