Kelebihan Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada
Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan
Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal
soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa
mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam
gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami,
dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu" (At-Tahrim 66 : 8)
Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan
petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan
syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada
pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.
Penghulu Istighfar
Maksudnya :
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada-Mu sekuat mampuku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.
WAKTU DIBACA : Selepas subuh dan selepas asar.
KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANNYA :
Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).
Dari Syaddad bin Aus ra. dari Rasulullah saw.
bersabda: Penghulu istighfar ialah "Allahumma anta……".
Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang dan mati pada malam
itu, maka masuk syurga. Demikian juga siapa yang membacanya waktu pagi
dan mati pada hari itu masuk syurga. (HR. Bukhari)
Terdapat banyak kelebihan istighfar jika amalan ini
dilakukan secara istiqamah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Antara
kelebihannya adalah:
1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan
melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa
dikira banyaknya.
2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah
akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.
3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai
dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati
Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)
4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka
beristigfar. (Al Anfal: 33)
5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan
melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia
atau di akhirat .
6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke
waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 :
232-235)
No comments:
Post a Comment