31. KHATAM KHAWAJAKAN

Khatam Khawajakan adalah zikir yang dinisbahkan kepada Syeikh Abd al-Khaliq al-Ghajdawani yang menjadi penyusun kepada zikir tersebut. Amalan ini diamalkan oleh syeikh-syeikh tarekat suatu ketika dulu adalah bertujuan untuk menghindarkan diri dari musibah dan hanya pada ketika-ketika tertentu sahaja.

Tetapi sesudah syeikh-syeikh yang terkemudian, ianya diamalkan selalu tanpa melihat kepada peristiwa tertentu kerana bagi mereka, dunia akhir zaman ini sudah sering ditimpa bencana dan amalan ini terus menerus dilakukan.

Pengamalan khatam ini dilakukan secara berjemaah dalam bentuk halaqah iaitu bulatan. Syeikh akan duduk menghadap kiblat dan didampingi oleh khalifah beserta murid yang lain sekurang-kurangnya tujuh orang. Metodologi pengamalan bagi Khatam Khawajakan ini adalah seperti yang berikut :

1. Membaca istighfar 5, 15, atau 25 kali. •

2. Menghubungkan diri dengan rabitah guru mursyid. •

3. Membaca surah al-Fatihah 7 kali. •

4. Membaca selawat ke atas Nabi s.a.w 100 kali •

5. Membaca surah al-Inshirah sebanyak 79 kali. •

6. Membaca surah al-Ihklas sebanya 100 kali •

7. Membaca semula surah al-Fatihah sebanyak 7 kali. •

8. Membaca selawat ke atas Nabi s.a.w 100 kali •

9. Membaca doa penutup •

10. Akhir sekali membaca beberapa potong ayat al-Quran •

Bagi memudahkan dan melancarkan lagi perjalanan Khatam ini, perlaksanaannya dalam Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah di Malaysia mengamalkannya dengan menggunakan 100 biji batu kecil dan sepuluh biji batu besar. Al-Qazani menyebut bahawa penggunaan batu-batu ini adalah hakikatnya untuk memudahkan pengendalian Khatam Khawajakan ini.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...

HOME