Terdapat berbagai jenis selawat susunan para ulama dan antara lafaz selawat yang baik diamalkan adalah:
1) Selawat Ibrahimiyah.
2) Selawat Tafrijiyah.
3) Selawat Munjihat
4) Selawat Ummi
5) Selawat Fatih
6) Selawat Syifa’.
7) Selawat Syafaat.
8) Selawat Badriyah
9) Selawat kebajikan.
10) Selawat menolak kecelakaan.
11) Selawat untuk Nabi SAW dan keluarganya.
12) Dan lain-lain…
Bencana Tidak Berselawat
Mereka yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut dan akan;
1) Dijauhkan dari rahmat Allah.
2) Mendapat kehinaan yang memalukan.
3) Sentiasa mengalami kerugian dan penyesalan.
4) Termasuk kalangan yang mendapat kesusahan.
5) Mengalami kebingungan di hari kiamat.
6) Mengalami kesukaran di Padang Mahsyar.
7) Menjadi ahli neraka.
Nabi Muhammad SAW. Bersabda; “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”
Waktu Afdal Berselawat
Masa paling afdal dituntut berselawat
1) Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
2) Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
3) Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
4) Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
5) Di akhir qunut dalam solat.
6) Di dalam solat jenazah.
7) Di antara takbir solat hari raya.
8) Ketika masuk dan keluar dari masjid.
9) Setiap waktu pagi dan petang.
10) Hari Khamis malam Jumaat,
11) Sepanjang hari Jumaat,
12) Ketika telinga berdesing.
13) Ketika terlupa sesuatu perkara.
14) Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
15) Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.
16) Masa menghadiri tempat perhimpunan yang baik.
17) Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
18) Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW.
Fadilat Berselawat
1) Allah limpahkan rahmat berkali ganda.
2) Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
3) Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.
4) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
5) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
6) Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.
7) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
8) Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat.
9) Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.
10) Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.
11) Jaminan terpelihara dan terselamat dari segala perkara yang mendukacitakan dan membimbangkan di dunia dan akhirat.
12) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
13) Meneguhkan tapak kaki ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.
Keberkatan Dan Kelebihan Berselawat
1. Para Malaikat berjanji, sesiapa yang membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari sebanyak 10 kali:
a. Jibril akan membimbing tangan bawa melintasi titian seperti kilat menyambar.
b. Mikail akan memberi minum dari telaga Rasulullah SAW.
c. Israfil akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni orang itu.
d. Malaikat Izrail akan mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh nabi-nabi bila mati kelak.
2. Dalam beberapa hadis, sabda Rasulullah SAW:
a. Sesiapa membaca selawat untukku sekali saja dengan tulus ikhlas dari hatinya, maka Allah akan memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa.
b. Sesiapa berselawat 11 kali setiap lepas solat fardu, segala dosa kecilnya diampuni Allah serta tenteram hati dan jiwanya.
c. Sesiapa membaca selawat kepadaku 100 kali sehari, maka Allah akan menyampaikan 100 hajatnya iaitu 70 hajat akhirat dan 30 lagi hajat dunia.
d. Sesiapa berselawat ke atasku pada Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan baginya dosa selama 80 tahun.
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan terus kepada ku.”
3. Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah SAW
a. Berasa lebih mencintai Rasulullah SAW.
b. Menjadi zakat dan pembersih diri.
c. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT.
d. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
e. Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing-masing.
f. Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.
g. Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.
h. Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad SAW yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda SAW sudah wafat.
Rasulullah SAW bersabda: “Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafatku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan ‘Alhamdulillah’, dan apa saja amal kamu yang jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu.” (Riwayat Ibni Mas’ud)
Wallahu A’alam Bissowab
Surah yassin Ayat 43 : dan jika Kami kehendaki, Kami boleh menenggelamkan mereka (kira kami lakukan demikian) maka tidak ada Yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan. Surah Yassin Ayat 58 : (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan yang Maha Mengasihani Surah Yassin Ayat 63 : Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
Subscribe to:
Posts (Atom)
Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...
HOME
-
Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...
No comments:
Post a Comment