16. ISMU DZAT

Ismu Dzat (Ismu Azzam)

Mengingati maknanya yakni Zikir. Ingat yakni pekerjaan mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan kalimah ALLAH ianya merupakan zat bagi zikir. Berkata Para Masyaikh, Yad Kard bermaksud melakukan zikir mengingati Tuhan dengan menghadirkan hati. 

Murid yang telah melakukan Bai‘ah dan telah ditalqinkan dengan zikir hendaklah senantiasa sibuk mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan kalimah zikir yang telah ditalqinkan.

Zikir yang telah ditalqinkan oleh Syeikh adalah zikir yang akan membawa seseorang murid itu mencapai ketinggian darjat Ruhani. Syeikh akan mentalqinkan zikir kepada muridnya sama ada Zikir Ismu Zat ataupun Zikir Nafi Itsbat secara Lisani ataupun Qalbi. 

Seseorang murid hendaklah melakukan zikir yang sebanyak-banyaknya dan sentiasa menyibukkan dirinya dengan berzikir. Pada setiap hari, masa dan keadaan, sama ada dalam keadaaan berdiri atau duduk atau berbaring ataupun berjalan, hendaklah sentiasa berzikir.

Pada lazimnya seseorang yang baru menjalani Tariqat Naqshbandiyah ini, Syeikh akan mentalqinkan kalimah Ismu Zat iaitu lafaz Allah sebagai zikir yang perlu dilakukan pada Latifah Qalb tanpa menggerakkan lidah. Murid hendaklah berzikir Allah.. Allah pada latifah tersebut sebanyak 25 ribu kali sehari semalam setiap hari sehingga terhasilnya cahaya Warid.

Ada sebahagian Syeikh yang menetapkan jumlah permulaan sebanyak 5 ribu kali sehari semalam dan ada juga yang menetapkannya sehingga 70 ribu kali sehari semalam.

Setelah seorang murid itu melakukan Baiᶜah dan talqin dalam Tarekat Naqsyabandiyyah, mereka perlulah melakukan zikir yang telah ditetapkan oleh Syeikh Tarekat. Zikir tersebut adalah zikir Ism Dhat iaitu (lafaz Allah) pada hati atau secara sirr iaitu tanpa suara sebanyak lima ribu (5000) kali setiap hari sehari semalam dan wajib diamalkan setiap hari tanpa putus. (seperti yang diterangkan sebelum ini).

Zikir ini adalah zikir yang diberi kepada murid yang berada di peringkat permulaan dalam amalan Tarekat. Sebelum itu setiap murid mesti menjaga adab dan mematuhi tatacara zikir yang telah ditentukan. Ini bagi menjamin murid dapat melakukan zikir tanpa sebarang gangguan dan untuk membersihkan zahir dan batin murid serta mengharapkan keredhaan Allah

Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...

HOME