2. DEFINISI TAREKAH

Tarekat dari segi bahasa bermaksud jalan, cara, kedudukan, keyakinan, agama dan lain-lain. Ianya berasal dari kalimah Arab yang merupakan kata terbitan dari Ṭaraqa. Tarekat ini banyak disebutkan oleh Allah dalam al-Quran dengan makna yang berbeza antaranya:

Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah Engkau membawa hamba-hamba-Ku (kaummu) keluar mengembara pada waktu malam, kemudian pukulah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula engkau takut tenggelam".

Allah berfirman: Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: "Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa Yang amat singkat".

Tarekat Naqshabandiyyah berkata sungguhpun perkataan Tarekat dalam al-Quran mempunyai makna yang banyak dan berbeza, tetapi ianya bukan semuanya bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh tarekat tasawwuf. Kerana itu al-Jurjani telah menjelaskan definisi bagi tarekat tasawwuf sebagai jalan kerohanian yang khusus bagi mereka yang berjalan menuju kepada Allah dan mengharungi berbagai rintangan untuk peningkatan kerohanian dalam berbagai-bagai maqam. Manakala Syeikh Najm al-Din mendefinisikan tarekat dengan katanya, tarekat adalah taqwa dan penghampiran diri kepada Allah yang tentunya menempuh rintangan dan maqam-maqam.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...

HOME