1. KEPERLUAN TARIKAT

Syeikh Al-Kandahlawi pula mendefinisikan tarikat itu sebagai sejalan dengan makna Ihsan yang terdapat dalam sebuah hadis yang sahih iaitu seorang itu beribadat kepada Allah seolah-olah ia melihat Allah, Jika ia tidak melihat Allah, Allah melihatnya. Bagaimanpun tarikat tasauf sekarang lebih tertumpu kepada teknik berzikir untuk membersihkan jiwa kerana itu timbullah istilah tarikat Qadiriyah, Naqsyabandiyyah dan sebagainya.

Setiap muslim wajib melalui tarikat untuk menuju kepada Allah tetapi bukan melalui tarikat yang ada sekarang ini, sebaliknya tarikat dalam ertikata jalan yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan diikuti oleh para sahabatnya.

Tarikat ini merangkumi soal akidah, ibadat dan akhlak. Kerana itu mereka hendaklah menuntut ilmu dari para ulama yang dipercayai keilmuannya, tidak melakukan bid’ah dan sentiasa menunaikan amalan yang wajib di samping berterusan melakukan amalan yang sunat. Selain itu ia juga perlu tegas dalam menentang perkara mungkar. Ulama seperti inilah menurut Ibn Al-Qayyim yang layak dijadikan guru.

Tidak mahu bertarikat dengan erti kata tidak mengikuti salah satu dari tarikat zikir yang disertai oleh sesetengah masyarakat sekarang seperti Tarikat Ahmadiyyah dan sebagainya tidaklah menjadi kesalahan, tetapi tidak bertarikat dalam ertikata tidak mengikut cara nabi berakidah, beribadah dan berakhlak adalah berdosa malah terkeluar dari islam.

Membenci tarikat Zikir adalah sesuatu yang tidak wajar kerana zikir kepada Allah adalah perkara yang boleh menggilapkan hati dan mendekatkan diri seseorang kepadaNya.

Walau bagaimanapun jangan difahami istilah zikir itu sekadar zikir lisan sahaja, malah zikir dalam ertikata yang sebenarnya merangkumi zikir hati, lisan dan anggota. Ini merangkumi berjihad fi sabilillah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat menunaikan fardu haji di Baitullah, berbuat baik kepada jiran tetangga, menziarahi orang sakit, menolong orang yang dalam kesusahan, menziarahi kubur, beriktikaf, menuntut ilmu, mengulangkaji ilmu, mengadakan majlis perbincangan ilmu dan lain-lain.

Semoga kita semua mendapat dari Ilmu ini

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...

HOME