MUSNAD HAMBALI


Definisi Hadith Musnad 

Imam al-Baiquniy di dalam manzhumahnya telah memberi definisi berkaitan hadith Musnad adalah seperti berikut:

“Dan [Musnad] adalah yang bersambung sanadnya daripada, perawinya sampai kepada al-Mustafa (Nabi SAW) tanpa terputus”.

Musnad bermaksud “yang disandarkan”, adapun pengertian atau definisi hadith Musnad adalah setiap hadith yang disandarkan kepada Nabi SAW tanpa terputus sanadnya sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Baiquniy.

Berdasarkan definisi di atas, dapat simpulkan bahawa terdapat dua syarat yang diperlukan untuk mengatakan bahawa hadith tersebut adalah hadith Musnad, iaitu:

Sanadnya bersambung dan tidak terputus.
Hadith tersebut hendaklah disandarkan kepada Nabi SAW.

Walaupun begitu, para ahli hadith telah berselisih pendapat dalam memberi definisi terhadap jenis hadith ini kepada beberapa definisi, antaranya:

Pertama: Pendapat al-Sam’aniy, al-Hakim dan juga Ibn Hajar:

“Setiap jalan atau jalur yang menyampaikan kita kepada Nabi SAW dalam keadaan bersambung”.

Kedua: Pendapat Ibn Abd al-Bar:

“Apa yang diangkat kepada Nabi SAW atau setiap hadith yang diriwayatkan dengan sanad kepada Nabi SAW adalah Musnad walaupun ia tidak bersambung”.

Ketiga: Pendapat Ibn Salah:

“Musnad adalah setiap jalur atau jalan yang menyampaikan kita kepada hadith itu Marfu’ atau Mawquf”.

Apakah perbezaan antara hadith Musnad dan juga hadith Marfu’?

Hadith Marfu’ tidak disyaratkan sanadnya bersambung, adapun hadith Musnah disyaratkan sanadnya bersambung.

Adakah semua hadith Musnad itu sahih?

Tidak, walaupun sanadnya bersambung tetapi sebahagian perawi yang berada di dalam sanad tersebut lemah atau tidak dikenali maka ia akan memberi kesan pada status hadith tersebut.

Contoh hadith Musnad

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf daripada Malik daripada Abu al-Zinad daripada al-A’raj daripada Abu Hurairah RA berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Jika anjing minum (menjilat) daripada bekas salah seorang daripada kalian, maka hendaklah dia mencucinya sebanyak tujuh kali”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 167]

Ini adalah hadith Musnad kerana sanadnya bersambung daripada Imam al-Bukhari sampai kepada Nabi SAW. Tambahan pula, hadith ini marfu’ kerana dihujung sanadnya adalah Nabi Muhd SAW

Semoga dengan pencerahan yang ringkas ini dapat memberi sedikit manfaat dan menambah kefahaman, seterusnya dapat kita memelihara hadith-hadith Nabi SAW daripada sebarang pendustaan ke atas nama Baginda SAW yang mulia. Amin.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...

HOME