Ihsan menurut pengertian yang disebutkan dalam hadis di atas ialah kita menyembah Allah s.w.t. seolah-olah kita melihat-Nya. Jika kita tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah s.w.t. melihat kita. Menyembah Allah bererti mengabdikan diri kepada-Nya dengan beribadat menurut cara yang paling baik pada zahirnya dan batinnya. Ibadat yang dilaksanakan menurut hakikat ihsan mesti ditumpukan kepada Allah s.w.t. semata-mata, tidak kepada yang lain atau kerana orang lain.
Ihsan dalam ibadat adalah antara martabat yang paling mulia dan tertinggi. Oleh itu, ibadat perlu dibina atas dua dasar yang penting agar memenuhi matlamat ihsan dalam ibadat tersebut. Pertama ialah cinta kepada Allah s.w.t. iaitu merasa tawaduk dan tunduk di hadapan Allah s.w.t. agar timbul perasan meminta dan mengharap hanya kepada Allah s.w.t. sahaja. Kedua pula ialah takwa, takut dan merasa kerdil apabila berhadapan dengan kebesaran dan kasih sayang Allah s.w.t. Ibadat seperti ini menyebabkan seseorang merasa lebih bertanggungjawab terhadap ibadatnya, dan akan melaksanakannya dengan penuh ikhlas. Keikhlasan menjadi asas penting dalam menentukan kesempurnaan amalan dan ibadat seseorang.
Uniknya ihsan dalam Islam ialah manfaat ihsan itu akan kembali kepada tuannya. Ini dapat dilihat dalam firman Allah s.w.t. bermaksud:
Jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan ialah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan maka (kesan yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. (Surah al-Isra’: 7)
Pendek kata, ihsan sangat penting untuk kesedaran dalaman kerana kebaikan yang dilakukan itu disebabkan Allah s.w.t. suka kebaikan, bukan untuk tujuan menunjuk-menunjuk kepada orang lain. Ihsan mampu menjana keperibadian yang mulia dalam setiap diri muslim jika dilaksanakan dengan penuh kejujuran iaitu kesedaran bahawa “Allah Maha Melihat”.
Kesimpulannya, dengan memahami pengertian Islam, iman dan ihsan, ia dapat mengenali Islam dengan lebih jelas dan tepat secara ilmiah. Dengan memahami Islam, iman dan ihsan juga, anda akan mendapat gambaran yang jelas tentang pengertian Islam sebenarnya menurut kehendak Penciptanya iaitu Allah s.w.t.
Surah yassin Ayat 43 : dan jika Kami kehendaki, Kami boleh menenggelamkan mereka (kira kami lakukan demikian) maka tidak ada Yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan. Surah Yassin Ayat 58 : (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan yang Maha Mengasihani Surah Yassin Ayat 63 : Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
Subscribe to:
Posts (Atom)
Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...
HOME
-
Assalamualaikum wbt , Sebut saja hal berkaitan kematian, ia adalah saat yang sangat menakutkan. Bagaimanapun, perkara itu perlu sentias...
No comments:
Post a Comment